NANTI TOLONG LA KLIK2 YEA HEARTBEAT NI...TQ..

Followers

Thursday, January 6, 2011

Contest Mari Sihat Bersama GloxiniaFh!! (^_^)v

nak join klik banner

ceritakan serba sedikit mengenai MASALAH KESIHATAN yang anda hadapi DAHULU or SEKARANG tak kisah la apa2 pun.

sebenarnya memang aku nak buat entry pasal masalah keishatan yang penah aku hadapai masa dulu, cuma masa je tak de nak mengarang...so bila tengok contest ni terus aku terfikir nak ceritakan kat sini..tak sikit pun aku nak rasa malu..tapi aku nak kongsi pengalaman & harap2 lepas orang baca entry ni terutama kaum wanita diorang akan sedar & akan buat pemeriksaan sendiri.

kalau korang nak tau masa aku umur 17 tahun aku penah ada breast LUMP.kalau korang nak tau breast lump ni dia sejenis ketulan yang ada dekat payudara kita.mula2 aku dapat tau tu memang aku takut..takut menda tu cancer..sebab genetic family belah abah yg ada breast cancer, arwah makcik aku kena breast cancer...dia dah meninggal 17 tahun lepas..tapi syukur alhamdullillah..setelah menjalanai pelbagai ujian saringan ketulan tu di sahkan bukanlah sejenis CANCER

ok pada yang tak tau aku nak share sikit :

Kebanyakan Ketulan Pada Payudara adalah tidak berbahaya (bukan kanser).Ramai wanita mempunyai ketulan pada payudara: Banyak ketulan atau nodul pada wanita akan didapati pada tisu payudara yang normal di mana akan lebih menonjol hanya sebelum datang haid.

Ketulan Pada Payudara selalunya dipanggil fibrocystic atau fibroadenosis.

Fibroadenomas

Ketulan ini adalah bukan sejenis penyakit tetapi tumor payudara yang tidak berbahaya hasil daripada kelenjar dan gentian tisu payudara.Fibroadenomas selalu terjadi kepada wanita yang berumur bawah 30 tahun.

Fibroadenomas boleh bergerak di mana sahaja pada payudara anda dan hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan doktor dan ujian ultrasound.


ceritakan keadaan anda dan cara anda atasi masalah tersebut
aku telah pun mejalani pembedahan sebanyak 2x untuk membuang ketulan tu..pertama sekali masa aku umur 17 tahun, & selepas 3 tahun aku buat operation ketulan tu sekali lagi tumbuh dekat kawasan yang sama & dia bertambah banyak,saiz ketulan tu lebih kurang sebesar duit 50 sen.jadi pembedahan kali ke-2 di buat masa aku umur 20 tahun di Hospital Kuala Lumpur

selepas dari pembedahan tu, aku dihadiahkan dengan pil sprirulina oleh seorang abang angkat yang sangat2 prihatin dengan masalah kesihatan aku, kebetulan dia adalah salah seorang pengedar ELKEN, jadi dia kasi aku free je pil spirulina ni....

sampai sekarang selepas pembedahan kali ke-2 alhamdulillah..tiada lagi sebarang ketulan yang ada & aku akan sentiasa membuat pemeriksaan sendiri pada payudara.pesanan aku kepada semua kaum wanita..sila lah rajin2 kan diri untuk membuat pemeriksaan sendiri...sebab benda ni kadang2 kita tak sedar, mcm mana aku mula2 kena dulu..aku tiba2 tergerak hati nak cek sendiri & ternyata ada ketulan kat situ....

Prevention is better than cure

3 comments:

Cute MuM said...

nana.. kenapa kita nie banyak persamaan??
me pon ada ketulan kat breast sebelah kanan...tapi tak pernah operate sbb doktor kata hanya ketulan biasa.. sampai sekarang tak besar pon.. cuma mula2 BF rasa sakit.. sekrg dah terbiasa...

Nana said...

aiyok...yeke??kita belah kiri...
kita yg nak operate sebab rasa menda tu menganggu..
& takut rasa ada ketulan
tu yg kita nak operate

farah hairuddin said...

good luck sis!!heheh...