NANTI TOLONG LA KLIK2 YEA HEARTBEAT NI...TQ..

Followers

Thursday, January 13, 2011

Yang Termanis dan Terpahit



nak join klik banner

Buat satu entri berkenaan satu pengalaman anda yang anda rasakan paling manis dan satu pengalaman yang ada rasakan paling pahit sepanjang tahun 2010 dan ceritakan bagaimana kedua-dua pengalaman itu memberi kesan dalam kehidupan anda.

ok nak cite pengalaman paling2 manis tahun 2010, untuk pengetahuan penganjur, suami aku seorang anggota tentera..baru2 ni masa 2 november 2010 suami aku dah dinaikkan pangkat dari Koperal kepada Sarjan...selama hampir 5 tahun kami berkahwin, ini la pengalaman pertama kali aku tengok sendiri suami berkawad..hehhe...yela kami kan duduk berjauhan aku kat KL suami kt kluang, memang aku tak pernah berkesempatan tengok dia berkawad lengkap dengan beruniform selama ni
sebenarnya bukan tu saje...buat julung2 kali nya kat tempat keje amrul diorang beri penghargaan untuk kaum2 isteri bagi memakaikan pangkat kepada suami masing2 yang sama2 naik pangkat dengan amrul....kalau nak tau..selama ni aku pernah terdetik dalam hati.."eh..eh..teringin sangat nak pakaikan pangkat dekat amrul.." sebab aku selalu tengok dalam paper je..ada majlis pemakaian pangkat yang mana isteri2 di beri penghargaan untuk pakaikan....

apa perasaan aku masa berada dalam majlis tu??serius..aku sangat2 teruja & gembira sangat..dapat bersama2 suami di hari2 penting dia...& aku rasa sangat terharu bila dengar ucapan big bozz amrul..dia cakap sebab apa dia nak isteri yang pakaikan pangkat tu??dia nak supaya bila suami tengok je kita..dia akan berazam untuk bekerja dengan lebih kuat lagi...kejayaan seseorang suami tu datangnye dari sokongan seorang isteri juga

serius..aku rasa bertuah sangat2 sebab buat pertama kalinya kat kem amrul diorang bagi isteri untuk pakaikan pangkat & bermula dari hari tu, big bozz amrul kata upacara mcm ni akan diteruskan utk masa2 akan datang....

saat2 manis amrul di naikkan pangkat...kiri tu big bozz amrul tgh pakaikan selempang
selesai je big bozz pakaikan selempang, tugas aku plak untuk pakaikan pangkat kat kiri & kanan bahu amrul
owh part ni paling tak bole blah...lepas je siap pakaikan pangkat...bog bozz amrul suh kiss pipi amrul kiri & kanan di hadapan lebih 100 anggota askar yang lain! heheheh malu den
amrul yang hitam berkilat...seminggu dok training kawad
kenangan pahit plak?? xde la pahit mana...tapi untuk dapatkan kesenangan tu kena melalui kesusahan....

lepas je majlis pemakaian pangkat ni...amrul tak dibenarkan untuk balik selama 3 minggu sebab ada orientasi ..tu masa mula2 memang di bagi tau 3minggu tapi rupa2nya...orientasi di lanjutkan...selama sebulan seminggu.....hoh..gile kerinduan aku kat amrul sebulan seminggu tak jumpe....mencakar2 dinding aku..kekekek ops..terlebey sudah kekekke

entry pasal majlis ni penah aku cite kan dalam blog..nak baca klik SINI


2 comments:

nadiah said...

sayu baca n3 ni...
sabar ya sis selalu kena tinggal..
cari rezeki..
doakan muga bahagia hingga akhir hayat..

Nana said...

heheh..dah bese dah netts