NANTI TOLONG LA KLIK2 YEA HEARTBEAT NI...TQ..

Followers

Thursday, February 3, 2011

Contest kempen tak nak buang bayi


pembuangan bayi, contest kempen kesedaran, qurratuaini, langkah mengatasi
pembuangan bayi, contest kempen kesedaran, qurratuaini, langkah mengatasi nak join klik banner
1). Pihak berkuasa mestilah menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hal ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak remaja. Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini seterusnya menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Media massa berperanan menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan. Pihak media massa juga hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filrm yang mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi.
2). ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak,setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini boleh mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas. Selain itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi.
3). Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala buang bayi yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah untuk mendapat bimbingan dan perlindungan. Hal ini menunjukkan mereka masih dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka. Selain itu, masyarakat mestilah tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras.
Anak adalah anugerah daripada Allah, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Justeru itu, semua pihak harus melihat gejala pembuangan bayi secara rasional dan tidak seharusnya memandang sepi tentang masalah ini. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu, bekerjasama bagi mengatasi gejala pembungan bayi sebelum ianya menjadi lebih serius.
nak tag 1. mz 2. cutemum 3. mj 4. miza 5. lin azlina


1 comment:

Pendapat Syah said...

thanks join..all the best