NANTI TOLONG LA KLIK2 YEA HEARTBEAT NI...TQ..

Followers

Wednesday, June 22, 2011

Kenangan PahitKu Contest



aku nak kongsi pengalaman kehilangan antara orang yang rapat & penting dalam hidup aku...

"nana..uncle aimi jarr dah meninggal"..dapat sms dari rin, tq rin sebab bagi tau aku...
aku pon tros tak buang masa lagi apply 1/2 day pagi tadi...

dalam kereta tak henti2 air mata aku mengalir..tiba2 aku rasa depan mata aku tu mcm ada screen besar & ada gambar2 flash back kenangan aku dengan uncle..allahuakbar....tak dapat aku tahan air mata aku dari terus mengalir..aku call sorang2 kawan baik aku, hani & aina inform uncle dah meninggal...masa aku cakap ngan diorang pon suara aku tak bole control tengah menangis....

masa aku sampai je rumah uncle pagi tadi rasa berat je kaki nak melangkah dalam rumah...tengok kat ruang tamu sekujur tubuh yang dah tak bernyawa..aku kuatkan hati..xnak menagis depan jenazah uncle...tapi tak dapat tahan....aku peluk auntie...& auntie pon nanges...cakap uncle dah tak ada...

tengah2 baca yassin, datang lah datuk jins shamsuddin,A. galak & datuk yusuf haslam...paling tak tahan buat aku meleleh air mata bila mana datuk jins shamsuddin buka kain penutup muka arwah sambil cakap...allahuakbar...dia kawan baik saya..sejak dari singapura...lepas tu datuk menangis...datang plak datuk mustafa maarof dia cium dahi uncle...masa tu semua yang ada kt situ semua menangis...sedih..sebak, pelakon A.galak pon buat aku sebak..dia baca surah yassin dari mula sampai habis sambil air mata menitik2...

datuk jins shamsuddin yg setia teman jenazah uncle

menurut kata auntie, uncle tak de sakit apa..cuma semalam uncle ada mengadu dia rasa tak sedap badan, malam tadi uncle tak boleh tidor sebab dia batuk2 & auntie kata malam tadi badan uncle dah sejuk..sampai lah pagi tadi auntie kejut uncle nak siap2 g klinik tiba2 tengok mulut uncle dah berbuih & tak lama tu uncle disahkan meninggal, arwah meninggal pada usia 72 tahun, insyallah akan dikebumikan selepas zuhur.

dulu masa aku keje finas, aku sempat bekerja denga uncle..di bawah jabatan unit perunding skrip, memang jabatan tu aku berdua je dengan uncle..kami memang sangat rapat..bukan mcm majikan & pekerja..tapi lebih kepada ayah & anak....walaupun dia boz aku, dia suruh aku panggil dia uncle...semua orang pun panggil dia dengan nama uncle

bila aku dah berhenti keje finas..kami still contact, aku pergi melawat uncle dekat rumah, pergi open house rumah uncle..& uncle pon selalu sms ajak breakfast sama2...paling dia suka bawa aku pergi makan dekat belakang hospital tawakal jalan pahang & dekat restoran kawan baik dia, restoran datuk yusuf haslam...

agak lama juga aku tak jumpa uncle...last aku rasa uncle ada sms tahun lepas..dia ajak breakfast makan capati...tapi aku plak tak dapat sebab aku bizi...

kenangan paling tak dapat aku lupa..masa majlis kawen aku..uncle sanggup ubah jadual shooting dia utk drama sembilu dengan datuk yusuf haslam sebab nak datang kenduri kawen aku....lagipun aku memang dah pesan awal2 aku nak uncle datang masa aku kawen...

uncle sangat suka bergurau....tak pernah sekali pun dia marah aku kalau aku ada buat silap...paling tak dapat lupa..uncle panggil amrul dengan panggilan BULAT...xde orang lain yg panggil amrul nama BULAT selain uncle...kalau nak cerita kenangan aku & uncle memang banyak sangat...

uncle & auntie bersama ma & abah
masa habis je amik gambar dengan uncle, aku salam2 lepas tu uncle hulur satu envelope dia pesan
"ni ada duit poket utk bawa pegi honeymoon"
kiri aina & kanan hani kawan baik aku masa keje kt finas gambar ni masa dinner finas
gambar masa kt finas dengan staff bahagian promosi & unit peruding skrip
gambar kenangan dengan uncle masa open house rumah datuk yusuf haslam

uncle...semoga rohmu di cucuri rahmat...saya doakan uncle semoga tenang disana..
semua kenangan kita bersama akan tersemat di dalam hati...
al-fatihah buatmu uncle...
lepas ni tak de la lagi sms dari uncle ucap selamat hari raya...tiap2 tahun uncle tak pernah lupa sms ucap selamat hari raya...

untuk pengetahuan arwah aimi jarr merupakan bekas majikan aku semasa aku bekerja di FINAS..kami di bawah satu unit, iaitu unit perunding skrip..banyak telah aku pelajari semasa bersama dengan arwah..kagum dengan cara penulisan...kadang2 aku selalu terikut2 gaya penulisan arwah..

biarpun arwah sudah sebulan meninggalkan kita..tapi semua kata2 nasihat..kata2 semangat akan tetap tersemat di dalam hati....


nak tag
cutemum
alycia
juelee
mj
miza

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

1 comment:

eB ezrin said...

wahhhh... kira rapat la yer.. alfatihah