NANTI TOLONG LA KLIK2 YEA HEARTBEAT NI...TQ..

Followers

Thursday, August 25, 2011

CONTEST BESTNYE MELANCONG!!

nak join klik banner


dalam banyak2 tempat yang saya dah pegi holiday saya rasa KOTA KINABALU, SABAH is the best setakat ni.kenapa sabah??meh saya cite skit pengalaman masa g KK aritu

sepanjang di sabah ada beberapa tempat menarik yang saya pergi antara nya:

kundasang
perjalanan dari bandar KK mengambil masa 2 jam, kena melalui jalan yang berbengkang bengkok mcm jalan nak ke cameron.kat sini la kini boleh tengok gunung kinabalu & kat sini juga la ada satu tempat yang view dia ala2 new zealand...iaitu desa cattle, tempat penternakan lembu.bayaran masuk di desa cattle RM3 seorang.
entry pasal desa cattle
http://ibudamia.blogspot.com/2011/01/sabah-desa-cattle-aka-new-zealand-tipu2.html
gambar berlatar belakang gunung kinabalu dari desa cattle (waktu ni gunung dah kena tutup dengan kabus)pemandangan gunung kinabalu dari pekan kundasang (waktu pagi antara kul 7-9 pagi adalah waktu terbaik utk tgk gunung kinabalu) sebabnya gunung ni bukan senang nak nampak biasanya akan diselaputi kabus tebal..
entry pasal gunung kinabalu
http://ibudamia.blogspot.com/2011/01/sabah-gunung-kinabalu.html
kinabalu park bayaran masuk RM3/person kinabalu park ni lah tempat untuk orang2 kena register sebelum mereka mendaki gunung kinabalu..kat sini juga ada disediakan tempat khas utk kita amek gambar yang bole nampak pemandangan gunung kinabalu dengan jelas..(klw nk amek gmbr nk gunung kena makesure pegi awal2 pagi dalam kul 7-9 pg)
tempat kami menginap di kundasang ialah di chalet j.residence.rate utk weekday RM80/nite & weken RM200/nite, oleh sebab kami pergi hari isnin-rabu jadi kami dapatlah harga RM80/nite..banyak dah save kat situ
entry pasal chalet j. residence
http://ibudamia.blogspot.com/2011/01/sabah-chalet-jresidense.html
hari ke -3 plak destinasi kami ke pulau manukan, kami hanya amek pakej ke 1 pulau saje, korang boleh pilih nak pegi 1,2,3 or 4 pulau harga dia berlainan..untuk kos ke pulau manukan bagi 2 orang dewasa ialah RM69.40. untuk ke pulau2 yang sekitar KK, kena pergi kat jesselton point, iaitu jeti untuk ke pulau2 kat situ banyak travel agent yg ada..& terpulang pada korang nak amek pakej ke pulau yang mana

disebabkan makanan kat pulau ni agak mahal, jadi kami siap2 tapau makanan dari jeti utk dibawa bekal ke pulau...
entry pasal pulau manukan
http://ibudamia.blogspot.com/2011/02/sabah-manukan-island.html
pulau manukan yang sangat cantik
untuk tau harga ke pulau manukan & pulau2 yang lain bole refer kat
entry jesselton point
http://ibudamia.blogspot.com/2011/02/sabah-jesselton-point.html
bercakap pasal makan kat sabah ni tak susah pun nak cari makanan halal..macam2 makanan ada...janji sediakan ongkosnya saje..tapi di suggestkan lah klw dah datang sabah kena la try seafood dia yang fresh tu..port untuk makan seafood ialah kat belakang pasar filipin. mcm2 ada...rambang mata dibuatnya..dinner kami malam tu sekor ikan jenahak, 5 ekor sotong & 5 ekor udang termasuk nasi & air RM35

sedikit info: kat KK harga kerang memang mahal ye sebabnye susah nak dapat..so jangan terkejut kalau korang oder kerang harga dia berganda2 dari KL...
entry pasal seafood
http://ibudamia.blogspot.com/2011/02/sabah-seafood-yang-fresh.html
tempat untuk shopping souvenir plak letaknye di pasar kraftangan atau lebih dikenali sebagai pasar filipin, kat sini mmg berlambak2 la mutiara sabah..mcm2 design ada..fridge magnet, keychain, tshirt & kerepek2 semenya ada di sini
entry pasal pasar kraftangan
http://ibudamia.blogspot.com/2011/01/sabah-pasar-kraftangan-pasar-filipin.html
untuk bajet keseluruhan percutian 3 hari 3 malam ni KK, ni perbelanjaan yang saya kira setiap sen yang di belanjakan dari A-Z termasuk flight ticket, makan,duit minyak kereta, hotel & souvenir semuanya berjumlah RM721.20 untuk 2 orang dewasa & 1 orang kanak2 (umur 3 tahun)

ok lah..untuk info yang lebih details sila klik dekat link sabah tu..semuanya saya ada ceritakan...kat situ...harap2 dapat membantu sedikit sebanyak...

nak tag
alycia
cutemum


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

1 comment:

mya arissa said...

thanks for join dear!u such a wonderful person...=)..good luck ya