NANTI TOLONG LA KLIK2 YEA HEARTBEAT NI...TQ..

Followers

Thursday, December 1, 2011

"My Great Cuti Cuti Cinta Contest"

nak join klik banner

ini lah cuti saya yang paling  GREAT kenapa saya kata GREAT??sebab nye kami dapat tiket kapal terbang airasia ke sabah untuk 3 beranak hanya  RM36 sahaja, tu sebab kami beli masa promo free seat, rasanya tu la tiket kapal terbang paling murah saya pernah beli & sangat berbaloi2 sebab...akhirnya saya dapat menjejakkan kaki di negeri sabah, negeri terakhir dalam malaysia yang belum pernah saya jejak.bayangkan la..betapa murahnye tiket flight kami..tiket bas balik kampung pon lagi mahal dari harga ni haha..

ok la nak cite percutian paling great saya seumur hidup ni:

 trip kami ke KK bermula dari 24-26 januari 2011, selama 3 hari 2 malam.flight ticket kami untuk 3 beranak pergi & balik bernilai RM36 ha..murah kan?? (time booking ni airasia wat promo free seat, dari bulan 5 tahun lepas lagi booking) jadi kami dah banyak save kat flight ticket & sewa kereta (sebab kereta pinjam abang punye dia keje kat KK) anggaran untuk sewa kete RM60/day

sepanjang di sabah ada beberapa tempat menarik yang saya pergi antara nya:

kundasang
perjalanan dari bandar KK mengambil masa 2 jam, kena melalui jalan yang berbengkang bengkok mcm jalan nak ke cameron.kat sini la kini boleh tengok gunung kinabalu & kat sini juga la ada satu tempat yang view dia ala2 new zealand...iaitu desa cattle, tempat penternakan lembu.bayaran masuk di desa cattle RM3 seorang.
entry pasal desa cattle
http://ibudamia.blogspot.com/2011/01/sabah-desa-cattle-aka-new-zealand-tipu2.html
gambar berlatar belakang gunung kinabalu dari desa cattle (waktu ni gunung dah kena tutup dengan kabus)pemandangan gunung kinabalu dari pekan kundasang (waktu pagi antara kul 7-9 pagi adalah waktu terbaik utk tgk gunung kinabalu) sebabnya gunung ni bukan senang nak nampak biasanya akan diselaputi kabus tebal..
entry pasal gunung kinabalu
http://ibudamia.blogspot.com/2011/01/sabah-gunung-kinabalu.html
kinabalu park bayaran masuk RM3/person kinabalu park ni lah tempat untuk orang2 kena register sebelum mereka mendaki gunung kinabalu..kat sini juga ada disediakan tempat khas utk kita amek gambar yang bole nampak pemandangan gunung kinabalu dengan jelas..(klw nk amek gmbr nk gunung kena makesure pegi awal2 pagi dalam kul 7-9 pg)
tempat kami menginap di kundasang ialah di chalet j.residence.rate utk weekday RM80/nite & weken RM200/nite, oleh sebab kami pergi hari isnin-rabu jadi kami dapatlah harga RM80/nite..banyak dah save kat situ
entry pasal chalet j. residence
http://ibudamia.blogspot.com/2011/01/sabah-chalet-jresidense.html
hari ke -3 plak destinasi kami ke pulau manukan, kami hanya amek pakej ke 1 pulau saje, korang boleh pilih nak pegi 1,2,3 or 4 pulau harga dia berlainan..untuk kos ke pulau manukan bagi 2 orang dewasa ialah RM69.40. untuk ke pulau2 yang sekitar KK, kena pergi kat jesselton point, iaitu jeti untuk ke pulau2 kat situ banyak travel agent yg ada..& terpulang pada korang nak amek pakej ke pulau yang mana

disebabkan makanan kat pulau ni agak mahal, jadi kami siap2 tapau makanan dari jeti utk dibawa bekal ke pulau...
entry pasal pulau manukan
http://ibudamia.blogspot.com/2011/02/sabah-manukan-island.html
pulau manukan yang sangat cantik
untuk tau harga ke pulau manukan & pulau2 yang lain bole refer kat
entry jesselton point
http://ibudamia.blogspot.com/2011/02/sabah-jesselton-point.html
bercakap pasal makan kat sabah ni tak susah pun nak cari makanan halal..macam2 makanan ada...janji sediakan ongkosnya saje..tapi di suggestkan lah klw dah datang sabah kena la try seafood dia yang fresh tu..port untuk makan seafood ialah kat belakang pasar filipin. mcm2 ada...rambang mata dibuatnya..dinner kami malam tu sekor ikan jenahak, 5 ekor sotong & 5 ekor udang termasuk nasi & air RM35

sedikit info: kat KK harga kerang memang mahal ye sebabnye susah nak dapat..so jangan terkejut kalau korang oder kerang harga dia berganda2 dari KL...
entry pasal seafood
http://ibudamia.blogspot.com/2011/02/sabah-seafood-yang-fresh.html
tempat untuk shopping souvenir plak letaknye di pasar kraftangan atau lebih dikenali sebagai pasar filipin, kat sini mmg berlambak2 la mutiara sabah..mcm2 design ada..fridge magnet, keychain, tshirt & kerepek2 semenya ada di sini
entry pasal pasar kraftangan
http://ibudamia.blogspot.com/2011/01/sabah-pasar-kraftangan-pasar-filipin.html
untuk bajet keseluruhan percutian 3 hari 3 malam ni KK, ni perbelanjaan yang saya kira setiap sen yang di belanjakan dari A-Z termasuk flight ticket, makan,duit minyak kereta, hotel & souvenir semuanya berjumlah RM721.20 untuk 2 orang dewasa & 1 orang kanak2 (umur 3 tahun)

ok lah..untuk info yang lebih details sila klik dekat link sabah tu..semuanya saya ada ceritakan...kat situ...harap2 dapat membantu sedikit sebanyak..secara keseluruhannya apa yang saya bole katakan pasal sabah, ini la tempat percutian paling GREAT, dengan pemandangan yang menghijau, laut yang membiru, semestinya sabah akan menjadi destinasi yang akan saya kunjungi lagi



i) Berikan tempat CUTI CUTI CINTA yang pnstoberi pegi utk bulan Januari, Julai dan Oktober 2011   
 (kerana ini lah percutian yang dirasakan paling great untuk pnstoberi pada tahun ni)
Januari - kundasang Kota kinabalu
Julai - cameron highlands
October- hong kong

ii) Lengkapkan ala-ala slogan ini - Saya suka blog pnstoberi kerana ..................
kerana...blog ni penuh dengan info2 yang sangat berguna kalau kita nak g oliday blog ni dah jadi mcm yellow pages dah hehehe... lagi satu yang buatkan saya suka sebab??kita sangat banyak persamaan...haha nak tau tak apa dia??

1. puan stoberi jejak kan kaki ke negeri sabah pada bulan januari, tak lama lepas tu saya plak menyusul pada bulan feb

2.  balik je dari kota kinabalu, puan stoberi holiday ke penang & seminggu lepas tu saya pon pegi penang berjalan2 kat kawasan yg sama puan stoberi pegi haha

3. yang ni lagi nak nampak sangat kebetulan kira2 sebulan sebelum saya holiday ke langkawi masa bulan julai tahun ni puan stoberi dah dulu g langkawi atas urusan koje..bukan oliday hehe...aiseh asik sama je kan?

yang pasti kita ni banyak persamaan...dari segi??suka jalan2...hik2...selain dari tu lupe plak nak mention saya pernah menang hadiah juga dari blog puan stoberi  menang sedondon segaya, contest masa ari raya tahun sudah hik2

ting..gambo bersama puan penganjur hahaha..agak2 bole dapat markah lebey tak ni?kekeke..
ni gmbr betul ye xde nak photoshop2 ke apa kekeke.....

 untuk menyuburkan kebun stoberi kek da..terimalah...gmbar ni harap2 pasni stoberi kat kebun kekda bertambah subur hahaha...

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

4 comments:

amiey lee said...

hhahah tergelak aku baca ko nye ni..gd luckkk

PUANSTOBERI said...

Teeheee....

Sepantas kilat siap entrynya.
So...penyertaan anda lengkap dan diterima.. hihikks :)

mekchu said...

wahhh... nana dah terjah dulu.. mekchu pun baru siap.. hehehe

good luck :)

ketikketok said...

Another wonders of the world Gallery Microfungus House of Magic Potions Tanah Rata and KetikKetok!