NANTI TOLONG LA KLIK2 YEA HEARTBEAT NI...TQ..

Followers

Thursday, September 27, 2012

Why Maybank should give me tickets to Legoland


Sejujurnya saya rasa saya sangat dekat dengan jenama lego & maybank sendiri
Kenapa saya cakap macam tu?jom baca kisah saya

Permainan lego ini memang antara permainan kegemaran saya sejak kecil, tapi masa saya kecik, kami berkongsi mainan dengan adik beradik, saya masih ingat lagi masa saya sekolah rendah, saya kumpul duit raya semata-mata hanya untuk membeli set LEGO.
Semenjak bergelar ibu saya juga mendedahkan permainan LEGO ini kepada anak saya kerana permainan lego ini seperti yang di ketahui mampu meningkatkan daya fikir seseorang. Permainan lego bukan sahaja mengasyikkan ia juga dapat meningkatkan kreativiti kerana lego melibatkan imaginasi dan daya pemikiran

Tidak hanya di rumah, di tempat kerja juga, kerja saya masih ada kaitan dengan LEGO,sebagai seorang Procurement Executive, saya di pertanggungjawabkan dengan  satu projek “redemption” di mana saya di kehendaki untuk membuat satu proposal dan menyenaraikan barang permainan kanak-kanak yang menarik untuk di jadikan sebagai hadiah penebusan untuk produk.

Saya telah mencadangkan kepada “client” produk LEGO sebagai salah satu hadiah untuk redemption & pihak “client” bersetuju untuk menyenaraikan LEGO di dalam redemption list.

Ini adalah proposal saya di mana saya mencadangkan 4 barangan LEGO
.


Daripada 4 yang di cadangkan hanya 3 sahaja yang di luluskan, untuk makluman lanjut bole klik di SINI

 
Selain dari dekat dengan jenama LEGO, maybank juga sangat dekat dihati saya, saya mula mula membuka akaun maybank pada tahun 2005 sejak dari itu segala urusan pembayaran bil, online shopping semuanya menggunakan M2U. Semenjak berkahwin elaun sebagai isteri seorang tentera juga di masukkan ke dalam akaun maybank, kalau maybank nak check bole tengok acc saya 162209940659 Fauzana Ismail hehehe..situ boleh nampak segala transkasi saya setiap bulan menggunakan maybank. Gaji di tempat kerja di bayar melalui bank lain, tetapi saya sanggup menunggu lewat 3 hari kerana ingin gaji di masukkan ke dalam maybank


Kalau di ikutkan elaun bulanan saya sebagai seorang isteri tentera sebanyak RM333 sebulan cukup untuk membeli tiket legoland dengan hanya tambah RM57 kami dah dapat 2 tiket dewasa dan 1 tiket kanak-kanak, tapi itu lah…kalau duit saya di gunakan untuk membeli tiket maka tak de lampu, air la rumah saya, malah telefon pon tak berdering lah..sebab tu khas untuk membayar segala bil-bil bulanan…hehehe sesungguhnya kami kurang berkemampuan untuk membeli tiket legoland tu..setakat ni hanya mampu memandang dari jauh sahaja.

Dan…sebab yang utama kenapa kenapa maybank harus bagi saya tiket ke legoland…ini adalah kerana saya ingin memenuhi hasrat anak saya yang sangat-sangat berhasrat untuk ke LEGOLAND, setiap kali keluar cerita LEGOLAND dalam tv dia akan tarik tangan saya sambil tunjuk depan tv, cakap mia nak pegi sini…semoga dengan kesetian saya terhadap LEGO & MAYBANK akan terbalas hehe..


Legoland Malaysia baru sahaja di buka
Terletak  nun di nusa jaya
Tak mampu nak beli tiket bila tengok harga
Alangkah bahagianya hidup kalau maybank boleh beri tiket percuma
Dapat lah kami sekeluarga bersuka ria menghabiskan masa bersama